PROLOG…
Tidak ku sangkakan hari yang bahagia seperti ini
akan tiba jua untukku. Kepenatan yang dialami untuk majlis persandingan tidak
terasa tatkala ku terpandang wajahnya yang sentiasa tersenyum tanpa jemu
melayan setiap tetamu yang hadir. Senyuman yang dahulunya amat ku benci tetapi
kini telah menjadi kunci pintu hatiku.
Dia memandangku lalu menghampiriku sambil tersenyum.
‘Ish, senyum ja dia ni, tak kebas pipi ke?’ omelku sendirian dalam hati.
“Penat ke sayang? Kalau penat naiklah dulu, abang
nak tolong kemaskan kat bawah ni. Takkan nak biarkan mak dan abah yang buat
sedangkan ni majlis kita. Sayang naik dulu nanti abang siap, abang naik ok?”
ujarnya sambil mengusap pipiku.
Aku memandang wajahnya yang agak kepenatan tetapi
sepasang matanya yang sentiasa bersinar kegembiraan ketika melihatku amat
membahagiakanku.
“Abang tak kisah ke? Kesian pulak Mira tengok abang.
Nak Mira tolong tak? Mira tak kisah”, sesungguhnya aku lebih dari rela untuk
membantu suamiku yang tercinta ini.’Ececeh, jiwang la pulak’,sempat ku mengumam
dalam hati.
“Tak payah. Abang ok. Naiklah dulu…..ke….sayang dah
tak sabar lagi?” ujarnya nakal sambil mengenyit matanya.
‘Amboi, gatalnya suami aku ni. Nanti dia, usik aku
ya’, wajahku sudah mula panas lalu aku menghadiahkan sebuah cubitan di perutnya
lalu meninggalkannya dalam kesakitan. ‘Padan muka. Hehehe…’ Aku menuju ke bilik
tidur untuk menyegarkan diriku setelah seharian sibuk dengan majlis perkahwinan dan menjadi
model untuk jurugambar tak bertauliah.
Badanku terasa lebih segar setelah berada di bawah
pancuran air. Setelah selesai aku berbaring di atas katil sambil membaca novel
Jodoh Di Awan Biru hasil karya rakanku dahulu.
BAB
1
“Wei, kita nak makan kat mana? Dengar kata restoran
kat seberang jalan tu sedap jugak. Jom try nak?” Mira mengajak rakannya Lia dan
Nani ketika waktu rehat mereka.
“Ok. Jom, kami ikut ja janji hang belanja”, ujar
Nani dan disetujui oleh Lia.
“Hampa bab nak habiskan duit aku memang pandai.
Apa-apa ja lah. Jomlah, perut aku dok nyanyi lagu rock kapak dah ni”, Mira
berkata sambil meninggalkan mereka. Rakan-rakannya hanya mampu menggeleng
melihat sikap rakan mereka yang selamba itu. Dengan pantas mereka mengejar
Mira.
Tanpa diduga, malang tidak berbau, kasut wedges yang
dipakai oleh Mira tersangkut di celah penutup longkang hingga menyebabkan Mira
jatuh terduduk. Orang di sekeliling terus mentertawakannya lebih-lebih lagi
sekumpulan remaja lelaki yang ketika itu sedang melepak.
Muka Mira mula membahang. ‘Kurang ajar gelak kat
aku. Tunggu sat,meh cek kasi hadiah kerana telah memalukan diriku yang sentiasa
ayu dan comel ni’, gumam Mira dalam hati.
Aku mula membuka kasutku dan mula membidik
sasaranku. Apakah malang nasibku ini kerana kasutku melayang jauh dari
sasaranku lalu terjatuh di atas kepala salah satu pelanggan restoran tersebut.
“Aduh, apa pulak benda alah yang jatuh atas aku ni”.
Helmi menunduk untuk mengambil barang itu. ‘Kasut?! Aku ingat buah kelapa dari
mamak tadi yang sedang menyiapkan air kelapa. Kasut siapa pulak ni? Elok ja
landing atas kepala aku’.
“Mi, kau ok ke? Aku dengar bunyi dah macam bom
meletup ja atas kepala kau”, ujar Fauzan sambil tersengih.
Helmi memandang Fauzan yang tersengih.
“Woi, kau ni nak tolong aku ke gelakkan aku? Hantu
punya kawan”.
Helmi bangun lalu ternampak kelibat seorang gadis
yang sedang memandang ke arahnya. Gadis itu menghampirinya.
‘Alamak, aku tersalah balinglah. Macam mana ni. Mati
aku, dia Nampak macam marah ja, Takpa, control keayuan hang Mira. Go go
chaiyok!’
Dengan lafaz bismillah, aku mendekatinya.
“Sorry sorry bang. Tak sengaja. Maaf bang”, Mira
memulakan bicara.
“Apa sorry sorry. Ingat lagu Super Junior ke Sorry
Sorry? Sorry naik lorilah, lagi satu apa bang-bang, bang Zohor dah lepas tadi,
tunggu Asar baru dengar bang”, Helmi menghamburkan marahnya kepada gadis itu.
Dahlah tengah sedap melantak alih-alih kasut yang jatuh dari langit terus
membantutkan seleranya.
‘Apa muka yang hensem macam ni muka macam rak kasut
ke nak baling-baling kasut’, gumam Helmi.
Mira mula panas hati. ‘Ei mamat ni dah melampau. Ini
sudah mendatangkan kemarahan beta. Dahlah pinggul aku sakit sebab terjatuh tadi
bukan nak tunjuk simpati tapi nak marah orang pulak. Sat hang’.
“Eyh helo brother, saudara seagamaku, tak reti nak
mengamalkan budi bahasa budaya kita ke? Rasanya budak tadika pun tahu maksud
tak sengaja kan? Harapkan muka ja segak tapi perangai…hampeh! “ Mira tersenyum
sinis.
“Woi, mulut tu cakap baik-baik sikit. Salah siapa
sekarang ni, aku ke kau? Dahlah baling kasut tinggi pulak tu. Ingat tak sakit
ke, sengal?”
‘Wo wo wo…cop cop. Dia panggil aku sengal? Ufh ini
sudah bikin gue angin’. Mira dengan pantas melangkah ke meja Helmi lalu
mengambil air di atas meja itu. Sambil tersenyum Mira mendekati Helmi lalu mencurahkan
air di muka Helmi yang agak tinggi daripadanya. Mira berlalu meninggalkan Helmi
yang masih terpinga-pinga serta Fauzan yang terkejut akan keberanian gadis ini.
Helmi yang basah itu mula berasa malu. ‘Berani minah
tu malukan aku. Tak boleh jadi ni. Aku mesti balas dendam…atau patutkah aku menjauhkan
diri daripadanya. Nanti confirm hidup aku tak selamat kalau jumpa minah kerek
tu lagi. Yup, aku mesti elak dari jumpa minah sengal tu’, Helmi menanam tekad
dalam hatinya.
“Dahlah Zan, jom blah. Nasib baik aku bawak baju
spare, kalau tak macam manalah nak masuk office”. Helmi merik lengan Fauzan lalu menuju ke
keretanya.
Pada malam itu, Helmi yang berada di dalam biliknya
termenung jauh teringatkan kajedian siang tadi. Kasut yang berada di dalam
pegangannya dipandang. Entah mengapa hatinya mula terusik. Ada perasaan halus
yang mula menjentik tangkai hati Helmi yang tertutup sejak dicurangi oleh kekasihnya,
Sabrina.
Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan wajah
gadis yang cuak tetapi masih ayu itu ketika memohon maaf daripadanya. Bukannya
dia hendak memarahi gadis itu namun entah mengapa, hatinya ingin sekali melihat
reaksi gadis itu. Ternyata gadis itu memang berbeza. Hai, sudah jatuh hatikah
dia? Cepat-cepat dia menafikan perasaan itu takut pisang berbuah dua kali.
Pada masa yang sama, Mira sedang memikirkan tentang
kasut kesayangannya. Setelah meninggalkan Helmi, baru dia perasan bahawa
kasutnya hanya tinggal sebelah sahaja. Perasaan amarah yang membuak-buak
menyebabkan dia lupa tentang kasutnya itu. Dia menukar selipar namun kasut
kesayangannya masih tetap dicari.
BAB
2
“Good morning,good morning…”suara alarm berbunyi .
Dengan perasaan yang sangat malas Mira bangun berlalu ke bilik air. Hari ni
Mira berazam akan mendapatkan kembali haknya yang telah diambil tanpa izin
iaitu kasut kesayangannya.
“Tapi kat mana aku nak ambil balik”Bicara Mira
sendiri.
Sesudah mandi Mira terus bersiap-siap untuk ke
tempat kerja.Hampir sahaja Mira terlupa bahawa dia sebenarnya tinggal bersama
Lia. Mira dan Lia telah menyewa satu rumah dan tinggal bersama-sama manakala
Nani tinggal bersama keluarganya untuk membantu menguruskan majlis
perkahwinannya dengan tunangnya, Hashim.
“Kau kenapa kelam-kabut sangat ni.Tak pernah-pernah
macam ni.Sampai terlupa kat aku”Marah Lia yang kepenatan selepas mengejar
kereta yang dipandu oleh Mira.
“Kau kalau nak pergi kerja dengan aku naik cepat.Tak
payah nak ceramah kat aku pagi-pagi ni.”Balas Mira tanpa rasa bersalah.
Lia terus masuk ke dalam kereta dan memuncungkan
bibirnya.merajuklah tu.Mira memandang sekilas ke wajah Lia.Mira tahu Lia terasa
hati dengannya.
“Lia sorry sangat-sangat.Aku bukan sengaja pun nak
cakap macam tu dengan kau.Aku kalut sebab aku nak dapatkan balik kasut aku tu.”Mira
memulakan bicara setelah masing-masing mendiamkan diri.
“Tak pe.Memang selalu pun kau buat macam tu kat
aku.Nasib baik aku dah kenal kau lama tau.Kalau orang lain aku tak tahu
la.”Balas Lia.
“Sebab tu aku sayang kau sangat-sangat.Hehehe…” Mira
membalas.
Begitulah Mira apabila dia ingin cepat.Masuk kali ni
dah tiga kali Lia hampir tertinggal dan pernah sekali tu Mira tinggal Lia
kerana ingin menyiapkan tugasan harus dihantar segera.Apabila sampai di office
barulah Mira teringat bahawa dia telah meninggalkan sahabatnya.
“Tapi kan macam mana kau nak dapatkan balik kasut
kau tu?Kau kenal ke mamat tu?Soal Lia yang mematikan lamunan Mira.
“Tu yang aku tengah fikir” Jawab Mira.
“Good morning.Awal kau datang kerja hari ni.Kenapa?Fauzan
menegur Helmi .
“Kenapa,tak boleh ke kalau aku datang awal?Jawab
Helmi acuh tak acuh.
“Aku tak cakap tak boleh tapi aku Cuma pelik je kau
kan tak pernah datang awal.”
“Alah kompeni bapak aku jugak, sekali sekala aku nak
menyumbangkan tenaga kerja yang baik”, Helmi mula mengangkat bakul sendiri.
Fauzan hanya mencebikkan bibir. Helmi hanya
memandang rakannya itu.
Helmi dan Fauzan telah berkenalan sejak di bangku
sekolah lagi. Sejak itu, mereka menjadi sahabat baik dan sentiasa bersama
seperti kembar siam.
“Woi, jangan tenung aku lama-lama, seram aku
dibuatnya. Dahlah pandang aku semacam. Tegak bulu roma aku”.
Helmi ketawa mendengar celoteh kawannya yang tiada
insurans itu. ‘Adakah patut muka hensem macam ni dianggap gay?’
“Zan, lif hari ni buat pasal pulak. Nasib baik
office aku kat tingkat 4 kalau tingkat 10 memang aku tak masuk dah hari ni”
“Kau memang malas Mi. So, nak makan tempat biasa
ke?”
“Ok ja. Aku no hal tapi aku takutlah Zan. Nanti kau
lindungi aku ya?” ujar Helmi dengan wajah seposen meraih simpati temannya.
“Apasal takut pulak? Bukannya ada hantu siang hari.”
“Ada benda lebih menakutkan dari hantu dalam dunia
aku Zan. Perempuan kerek yang bakal membawa malang kepadaku. Aku takut terjumpa
dia”.
“Hek eleh, dengan perempuan pun kau takut. Harapkan
muka ja ganas, badan sasa tapi takut dengan kasut perempuan.”
“Ini kasut bukan sebarang kasut, setakat selipar
Jepun tu boleh diterima akal lagi tapi kalau dah sampai baling kasut tinggi,
boleh sengal aku setahun macam ni. Silap haribulan kau pun aku lupa. Nasib
baik, kasut ni bertumit rata, kalau bertumit tajam, terburai otak aku yang
pandai ini”, panjang lebar Helmi mempertahankan dirinya.
Fauzan hanya tersenyum mengejek.
“Apa-apa ja lah. Aku dah lapar ni. Jom makan. Rindu
pulak aku kat air tangan mamak Muthusamy tu”.
‘Ish, apa punya bendullah Fauzan ni. Mamak pun dia
nak rindu kot yalah rindukan waitress kat situ takpa jugak. Mamak juga yang
dicari’.
Omel Helmi.
BAB
3
Akibat terlalu leka berbual sambil menuruni tangga, Helmi
telah terlanggar seseorang.
“Sorry sorry.Saya minta maaf ,saya betul-betul tak
sengaja” Helmi memohon maaf.
“Tak apa.Saya ok”
Mereka saling berpandangan.
“Hang mamat sengal?! Ya Allah dalam banyak-banyak
orang kenapalah malaun ni juga yang aku jumpa. Kalau muka macam Mario Maurer
pelakon Thai takpalah jugak. Ni muka macam buah kelapa terlebih masak, makin
meluat aku tengok. Sakit mata aku dan sakit lagi bahu aku yang hang langgar”,
Mira menghamburkan kemarahannya.
“Wei minah kerek, awat yang hang dok marah aku
pagi-pagi buta. Ingat tangga ni bapak hang yang punya ka? Setakat loghat utara,
aku pun boleh. Apa? Hang ingat muka hang tu macam Angelina Jolie? Sampai
tercabut biji mata aku nak tengok hang. Muka macam periuk hangit. Entah-entah
hang saja rempuh aku sebab nak berada dalam pelukan aku kan? Ngaku je lah”,
balas Helmi dalam loghat utara yang dibuat-buat.
Fauzan dipinggirkan sambil menggaru kepalanya yang
tidak gatal melihat perbalahan yang mengalahkan perang dunia ke-3 itu.
‘Aik, sejak bila Mi cakap utara? Dia berasal dan
dibesarkan kat sini, Selangor. Ajaib-ajaib. Pening aku entah kena sampuk dengan
hantu utara ke Mi ni? Nak tolong kang aku yang teruk. Aku jadi pemerhati dah
lah’ gumam Fauzan.
Mira mengetap bibirnya.
“Kurang ajaq punya malaun. Hang ejek kampung
halamanku? Dahlah cakap pun tak betul. Woi, aku pun tak ingin nak peluk hang.
Peluk tiang lampu jalan lagi best dari peluk hang. Apa hang kata? Muka macam
periuk hangit? Hang ingat hang putih sangat? Muka macam bangla jual karpet kat
kampung aku dok perasan hensem boleh. Aku taulah aku tak secantik Angeline
Jolie tapi aku masih comel tau?”
“Comel?! Ew…tolong sikit. Kucing terbiar lagi comel
dari kau tau. Kau berani mengutuk wajah aku yang menjadi kegilaan ramai dengan
membandingkan aku dengan bangla, memang masalah mata betullah kau ni”.
“Ada aku kisah? Lantak pi kat hang. Mai balik kasut
aku. Pencuri! Hang ingat murah ka kasut tu? Mahal tau. Aku baru beli minggu
lepas RM 49.90. Bagi balik kasut aku lah”, bentak Mira.
“Kau nak kasut kau balik tapi tak reti nak minta
elok-elok. Tak ada adab.
Kasut tu aku dah campak dalam tong sampah. Tak ingin
aku simpan kasut tu. Buang karan ja simpan tak ada faedah”.
“Apa?! Buang dalam tong sampah?! Kau…..! Urgh…!”
Mira meninggalkan mereka dengan muka yang sangat sedih bercampur geram. Hampir
menitis air matanya apabila mengetahui kasut kesayangannya dibuang ke dalam
tong sampah.
Helmi bersimpati namun untuk memulangkan kasut itu
adalah mustahil. Hati Helmi tertarik-tarik untuk terus membuli gadis itu kerana
sejak kehadiran gadis itu, hidupnya kini lebih bahagia walaupun hanya
pergaduhan demi pergaduhan yang dialami.
Fauzan yang sekadar menjadi pemerhati memandang
sahabatnya yang sedang merenung langkah gadis itu sehingga hilang dari
pandangan.
Dia mula merasakan bahawa sahabatnya itu menyimpan
perasaan terhadap gadis itu.
“Ehem..ehem… Dah-dah lah tu tenung dia. Sampai
tersembul biji mata aku tengok kau renung dia. Kau nak makan kasut lagi sebelah
ke? Jom cepat, nanti lambat pulak”.
Helmi sekadar tersenyum dan mengikut langkah Fauzan.
‘Melampau sangat ke aku tadi? Macam nak nangis pulak
aku tengok minah tu. Kesian pulak’.
Mira menangis di mejanya. ‘Kasut Vincci aku…dahlah
mahal elok pulak mamat tu buang dalam tong sampah. Aku benci dia!’
“Mira, kenapa ni? Awak tak apa-apa ke?” Tanya Syafiq
merangkap bosnya sendiri.
Mira segera mengelap air matanya.
“Eh, Encik Syafiq. Saya ok ja. Tak payah risau.
Terima kasih.”
“Betul ni? Saya sudi membantu sekiranya mampu.”
“Betul bos. Saya ok saja. Terima kasih kerana
mengambil berat bos.”
“Emm, baiklah kalu Mira kata begitu. Kalau ada
masalah, jangan segan-segan cari saya
ok?”
“Baik bos. Bos cari saya kenapa? Ada apa yang boleh
saya bantu?”
“Baiklah, saya nak minta awak tolong batalkan semua
temujanji saya petang ni. Saya ada hal nak diselesaikan”.
“Baik bos. Itu saja ke?”
“Ya, itu saja. Terima kasih.”
Syafiq berlalu meninggalkan Mira. Dia teringat
kembali pertemuannya dengan Mira, gadis yang dicintainya dalam diam. Syafiq
menggantikan tempat ayahnya setahun yang lalu, wajah ayu milik Mira itu mencuit
hati lelakinya. Dia cuba memikat Mira namun tidak diendahkan. ‘Adakah Mira
sudah berpunya?’ namun tak pula diketahuinya. Syafiq mengeluh perlahan sambil
memandu menuju pulang ke rumah.
Sejak kejadian itu, Mira hanya mengelak dan
menjauhkan diri dari bertemu dengan Helmi. Pada mulanya Helmi tidak kisah namun
lama-kelamaan hatinya tidak tenang melihat wajah keruh gadis itu dan sikap
gadis itu yang ingin menjauhkan diri daripadanya. Dia rindu untuk bergaduh
dengan gadis yang tidak diketahui namanya itu.
BAB
4
Helmi menghabiskan kerjanya awal. Dia menunggu Mira
di kawasan letak kereta. Dia ingin berdepan dengan Mira. Selepas beberapa minit
kemudian, Helmi terlihat kelibat Mira yang sedang menuju ke arah keretanya.
Secara kebetulan, kereta Helmi hanya diparkir bersebelahan kereta Mira.
Mira menuju ke arah keretanya. Tiba-tiba Helmi
menegurnya.
“Hai, dah habis kerja ke? Tak sangka kan kereta kita
bersebelahan?”
Mira tidak menjawab.
“Awak marahkan saya ke? Saya minta maaf. Jom kita
berdamai. Saya Helmi. Awak?’ Helmi menghulurkan tangannya.
Mira tetap mendiamkan diri lalu meloloskan diri ke
dalam keretanya. Dia memandu meninggalkan Helmi.
Helmi hanya mampu memandang kelibat kereta itu yang
hampir hilang. Helmi pun memasuki keretanya dan memandu pulang ke rumah.
Malam itu, Helmi berbaring di atas katil sambil
memikirkan kejadian petang tadi.
‘Aku takkan berputus asa. Sudah jatuh cintakah aku
kepadanya? Kalau tak, kenapa aku merinduinya walaupun aku tidak mengenalinya.
Dia berbeza dari Rina. Dia tidak terpikat dengan rupa mahupun harta aku. Dia
satu-satunya gadis yang berani menentangku tanpa ada rasa takut. Kalau dia sudi
menerima kemaafanku, aku sanggup membeli lima pasang lagi kasut untuknya. Itu
janjiku’. Helmi berbicara dalam hati sehingga dia terlelap.
Keesokan harinya, dia mencari Mira di pejabat.
Hampir satu bangunan dirondanya akhirnya bertemu jua. Rupa-rupanya, Mira
bekerja di bawah pejabatnya. Dia menghadiahkan sejambak bunga ros kepada Mira
sebagai tanda memohon maaf. Malah kini dia telah mengetahui nama gadis tersebut
iaitu Amira Umaira. Nama secantik tuannya.
Berkat usahanya yang berterusan akhirnya Mira
memaafkannya. Mereka mula menjadi kawan.Helmi juga turut mengotakan janjinya
untuk membeli lima pasang kasut kepada Mira. Mereka sering menghabiskan masa
bersama-sama. Malah, Nani turut mengenali Helmi cuma Lia tidak sempat mengenali
Zarul kerana outstation atas urusan kerja.
Lagu ‘Percaya Padaku’ kedengaran. Mira menjawab
telefonnya.
“Mira, aku dah nak sampai dah ni. Rindu aku tak?”
Lia memulakan bicara.
“Ish hang ni Lia main sergah ja.Cubalah bagi salam
ka helo ka. Ni tak, main sergah terus ja” bebel Mira.
“Alah, sorilah.Aku teruja gila nak balik. Bosan kot
kat sini.”
“Hmm….yalah yalah. Hang kalau bab nak bagi alasan
pandai ja kan?”
“Kawan sapa? Kawan hang jugak kan Mira?”
“Oklah aku tunggu hang sampai. Aku nak kenalkan hang
dengan seseorang.”
“Sapa wei? Pakwe hang ya? Sejak bila couple ni?”
“Ish, member la. Hang ni Lia suka merapu. Dahlah,
cepat sampai tau, kita dinner kat luar satgi.”
“Ok. Bye.”
“Bye.”
Setelah talian dimatikan, Helmi pula menelefon Mira.
“Assalamualaikum, awak dah siap ke?”
“Waalaikumsalam Mi. Dah tapi tunggu kejap ye, saya
nak bawa member sekali boleh?”
“Ok. Saya tunggu kat bawah. Bye”.
“Ok bye”.
Kemudian Lia sampai ke rumah, dia mengikut Mira ke
bawah dan apa yang dilihatnya sangat mengejutkan. ‘Macam mana mamat ni ada kat
sini? Takkan perang mulut lagi kot?’ Tanya Lia dalam hatinya.
“Mi,kenalkan ini housemate saya Lia.Lia yang ni Helmi”.
“Panggil je saya Mi”.
Lia menarik Mira ke tepi.
“Bukan hang selalu gaduh dengan mamat tu ke? Awat
yang baik pulak tiba-tiba?”
“Haa…yang tu nanti aku cerita. La ni jom pi makan”.
Mira berjalan meninggalkan Lia. Lia bingkas
mengejarnya.
Malam itu setelah Helmi menghantar mereka pulang
Mira telah menceritakan segala-galanya pada Lia. Mereka tidak pernah berahsia.
“Hang suka kat dia ka Mira?”
“Er…taklah. Awat pulak?”
“Taklah aku tengok dia macam syok kat hang. Kalau
suka takpalah tapi jangan main-mainkan dia. Kesian pulak nanti.”
“Aku tau. Sebenarnya aku suka juga kat dia. Tapi
malulah nak habaq kat dia. Takkan perigi cari timba kot?”
“Hmm, kes berat ni. Dia tak kata suka hang ka?”
“Tak pun. Kami macam kawan biasa ja”.
“Takpalah. Apa-apa pun aku sokong hang tau. Dah, jom
tidur”.
“Thanks Lia. Selamat malam”. Mira menutup lampu lalu
merebahkan dirinya. Dia terus terlelap.
BAB
5
Ketika Helmi sedang meyemak kertas kerjanya, Fauzan
memasuki biliknya.
“Mi, malam ni jadi tak? Kau bawa Mira sekali kan?’
“Alamak! Aku lupalah. Aku tak inform dia pun. Macam
mana ni?”
“Kau ni Mi. Kan aku dah berkali-kali ingatkan kau
sampai berbuih macam sabun dah mulut aku ni. Kau boleh lupa. Tulah, dating
sampai tak ingat pesanan kawan………” Fauzan sudah mula membebel.
‘Ala, Zan kalau dah mula ceramah, memang sampai
nanah telinga aku nanti. Macam bagi tazkirah pulak’.
“Wei! Kau dengar tak apa aku cakap ni? Mengelamun
lah tu.” Sergah Fauzan.
“Er…aku dengarlah. Ok aku call Mira sekarang.”
Fauzan hanya menjelingnya lalu meninggalkan Helmi
bersendirian.
Helmi segera menelefon Mira. Mira boleh menemaninya
dan dia akan membawa Lia bersama. Helmi tersenyum sendirian kerana malam ini
dia akan meluahkan perasaannya. Setelah difikir-fikirkan, Helmi pasti hatinya
sudah terpaut pada Mira malah sikap gadis itu amat menghiburkannya. Malah
sikapnya yang sedikit panas baran itu turut terpujuk dan terbelai tatkala
melihat wajah Mira. Sesuatu yang tidak pernah dialami olehnya dulu.
Malam itu, Mira tiba bersama Lia. Terpegun Helmi
melihat Mira yang memakai sedikit mekap menyerlahkan lagi keayuannya.
“Hai, kami lambat ke?” Mira tersenyum.
Helmi hanya memandangnya tidak berkelip.
“Helo..helo..Awak ok tak ni?” Mira mematikan lamunan
Helmi.
“Er....hah? Ok…ok saja. Cantik awak malam ni”.
Mira tersipu-sipu apabila dipuji.
“Thanks awak”.
“Ehem..ehem..dah dahlah tu bermesra depan aku.
Mentang-mentanglah aku takda pakwe” Lia bersuara.
‘Ish, mulut tak ada insurans betul lah Lia ni.
Ganggu mood tadi ja’ gumam Mira.
“Eh, sorry sorry. Jemputlah”, pelawa Helmi. Merah
wajahnya apabila disindir Lia tadi.
Setelah tetamu semakin kurang, Helmi menarik Mira
jauh dari pandangan.
“Er…kenapa ni Mi? Ada apa-apa yang awak nak cakap
ke? Rahsia ke sampai awak bawa saya kat sini?” Mira mula berasa takut.
“Er…er…M..Mira,
sa…saya..d..dah..lama…su..su…sukakan……awak!”
Fuh macam dah terlepas satu beban atas bahu.
Helmi mengintai reaksi Mira melalui ekor matanya.
Ternyata gadis atu amat terkejut dengan pengakuannya. Helmi mula berasa tidak
sedap hati.
‘Aku dah luahkan, tapi kenapa dia tak jawab? Adakah
dia sudah berpunya? Kalau sudah, mampukah aku menerima kekecewaan ini? Hanya
dengan dia aku berasa bahagia malah lebih hebat lagi daripada ketika aku
bercinta dengan Rina. Tolonglah Ya Allah, aku amat memerlukan gadis ini. Aku
amat mencintainya’, bicara hati Helmi.
“A…aw..awak..tak..sudi..ke?”
“Mi, saya…saya…betulkah awak suka saya?” soal Mira.
Zarul mula pelik.
“Ya, saya betul-betul sukakan awak.”
“Tapi kenapa? Saya hanya seorang gadis biasa.”
“Sebab awak orang pertama yang tak terpikat dengan
wajah mahupun harta ayah saya. Malah awak berani menentang saya dan awak…telah
meruntuhkan tembok keegoan saya”.
Mira tersenyum. Dia terharu mendengar luahan Helmi.
“Saya….sudi tapi awak kena janji jangan main-mainkan
hati saya.”
Helmi menghembuskan nafas lega. Dia bersyukur kerana
cintanya diterima.
“Saya janji sayang.”
Mereka tersenyum bahagia. Lia yang hanya memerhati
dari jauh tersenyum melihat kebahagiaan rakannya itu. Sedikit sebanyak, dia
cemburu. Begitu juga dengan Fauzan. Alangkah indahnya menemui cinta sejati.
Sedang asyik melayan perasaan, secara tidak sengaja salah seorang tetamu telah
melanggar Lia. Lia yang tidak menyangka perbuatan itu hampir jatuh apabila
tiba-tiba dirinya dirangkul dari belakang.
Dia segera berpaling. Kelihatan wajah Fauzan amat
dekat sekali. Hati Lia mula berdegup pantas.
“Cik tak apa-apa ke?”
“Er….y…ya.”
Buat seketika mata bertentang mata. Fauzan terpaku.
Begitu juga Lia. Namun Lia segera sedar lantas meleraikan rangkulan Fauzan. Tak
manis dipandang orang. Fauzan hanya tersenyum malu.
“Awak ok ke? Saya Fauzan”.
“Erm, ok terima kasih. Saya tahu awak kawan Zarul
kan? Saya Lia.”
“Oh, awak teman Mira?”
“Yup.”
“Lia….!” Kedengaran Mira memanggil dari jauh.
“Tu Mira dah panggil. Saya balik dulu. Terima kasih
untuk tadi”. Lia tersenyum manis.
Berdegup jantung Fauzan melihat senyuman itu. Dia
hanya memandang kelibat Lia yang semakin menjauh. Zarul yang sedang menghampiri
rakannya itu berasa pelik melihat Fauzan termenung.
“Zan, kau ok ke? Termenung je.”
“Aku ok…tapi…aku rasa lain lah”. Perlahan Fauzan
berkata.
“Lain? Lain macam mana?” ‘Ish, meremang bulu roma
aku tengok Zan macam ni’.
“Aku rasa…aku jatuh cinta.”
“Apa?! Dengan siapa?! Tiba-tiba je kau cakap kau
jatuh cinta”
“Aku…suka Lia”.
“Lia?!”
“Kau kena tolong aku Mi. Aku nak kenali dia dengan
lebih rapat.”
“Hmm…aku cuba ok?”
“Eh, kau macam mana? Dah berjaya?”. Fauzan mula
teringat akan hasrat rakannya untuk meluahkan perasaannya hari ini.
“Haa..tulah kau. Angau sampai lupakan aku. Hehe… dia
terima cinta aku. Alhamdulillah.”
“Syukur.. tahniah Mi.”
“Thanks Zan, tanpa kau mesti aku tak berani.”
Hubungan Helmi dan Mira berjalan lancar. Malah
Fauzan juga telah meluahkan perasaannya pada Lia. Mereka kini sedang bercinta. Helmi
juga telah bertemu dengan keluarga Mira beberapa kali. Keluarganya turut
menyukai Mira sebagaimana keluarga Mira merestui hungan mereka. Sedar tak sedar
Mira kini telah pun menjadi tunangan Helmi dan mereka bakal melangsungkan
perkahwinan minggu hadapan. Syafiq hanya mampu menerima kata putus Mira malah
dia melihat gadis itu mata bahagia sekali. ‘Semoga bahagia sayang… Aku
terlambat menawan hatimu. Pasti dialah lelaki yang paling beruah dapat
memilikimu.’. Syafiq memandu pulang dengan perasaan hampa.
BAB
6
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Dengan
sekali lafaz Mira telah sah menjadi isteri kepada Mohammad Helmi Nazrin Bin
Mohd Hakimi. Majlis persandingan itu berlangsung dengan meriah sekali. Pasangan
pengantin itu kelihatan secocok sekali. Pengantin lelakinya tinggi, berbadan
sasa dan berkulit sawo matang. Wajahnya seiras-iras Syed Aiman manakala
pengantin perempuan pula kecil molek berkulit hitam manis.
“Tahniah Mira. Semoga
hang bahagia”. Nani memeluk Mira. Suaranya sebak.
“Mira, lepas ni kita dah
tak boleh tidur sekali lagi kan? Mesti aku akan rindukan hang”. Lia pula
menangis.
“Janganlah macam ni.
Hampa saja bagi aku sedih. Tengok, rosak mekap aku”. Mira cuba menceriakan
suasana.
Helmi hanya
memerhatikan isterinya. ‘Hish, kahwin pun nangis. Tak faham aku dengan sikap
perempuan’.
Syafiq melangkah
mendekati Mira.
“Tahniah Mira. Semoga
awak bahagia”.
“Syafiq?! Terima kasih
kerana sudi datang”. Syafiq tersenyum hambar.
Mira hanya mampu
bersimpati dengannya namun apakan daya, hatinya telah dimiliki Helmi. Mira
mengetahui perasaan Syafiq padanya seminggu sebelum bertunang dengan Helmi.
Mira hanya mampu memandang langkah Syafiq yang lemah.
‘Maafkan Mira, Syafiq.
Semoga Fiq bertemu dengan jodoh Fiq yang lebih baik dari Mira’, doa Mira dalam
hati.
Terselit sedikit rasa
cemburu dalam hati Helmi melihat Mira dan Syafiq. Mungkinkah Mira pernah
menyukai Syafiq? Dia segera menepis perasaan itu kerana hari ini hari
berbahagianya.
Setelah selesai
mengemaskan semua peralatan, Helmi menaiki tangga ke biliknya. Dia melihat Mira
terlena dengan novel di sebelahnya. Dia segera membersihkan dirinya dan
bersolat. Kemudian, dia menghampiri tubuh isterinya. Terpesona Helmi melihat Mira
hanya mengenakan gaun tidur. Dia mengusap perlahan pipi Mira. Mira yang
merasakan sesuatu di wajahnya segera membuka mata. Alangkah terkejutnya dia
melihat Helmi. Dia bingkas bangun.
“Awak dah solat?”
“Sayang tak boleh
panggil awak dah ok? Kitakan dah berkahwin. Panggil abang, sayang”, tutur Helmi
lembut smabil matanya menjamah wajah isterinya yang merona merah.
“Sorry, tak biasalah.
Er… saya cuba ok?” Mira mula berasa seram sejuk dengan pandangan Helmi yang
lembut tapi menikam kalbu.
‘Hish, tenung macam nak
makan orang. Oops sorry terkutuk suami sendiri’, sempat Mira mengutuk suaminya
itu.
“Er…a..bang kenapa
tenung Mira macam tu?”
“Mira ingat tak lagi
pasal kasut kesayangan Mira tu?” Helmi tersenyum nakal.
“Ingat…tapi abang dah
buang kan?”
“Kalau abang
kata….abang simpan kasut tu macam mana?”
“Biar betul… Mana kasut
tu?”
Helmi mengeluarkan perlahan-lahan
kasut yang tersimpan kemas dalam kotak lalu memulangkannya kepada isterinya.
Mira tersenyum.
“Kenapa abang simpan
lagi kasut ni?”
“Mestilah simpan, kan
kasut ni penyebab kita bertemu”.
Dia mengucup dahi Mira
dengan penuh kasih. Tergamam Mira dibuatnya. Dia memeluk Mira erat. Haruman
tubuh Mira membuatkan nalurinya berkocak hebat. Dia meleraikan pelukan lalu
memagut bibir isterinya itu. Mira hanya terdiam kaku. Dengan lafaz bismillah,
mereka bersatu dalam lautan asmara yang tiada penghujungnya.
Mereka bebulan madu di
Bukit Fraser malah bulan madu itu amat manis sekali. Dua minggu selepas itu,
masing-masing memulakan kerja mereka.
“Abang jemput sayang
petang nanti ok? Tunggu abang tau.”
“Yalah, kita kan kerja
satu bangunan. Apalah abang ni. Abang, Mira turun dulu ya”. Mira menyalam lalu
mencium tangan suaminya itu.
“Hati-hati ye sayang”. Helmi
mengucup dahi isterinya.
Mira memasuki
pejabatnya. Kelihatan Lia sedang mengelamun. ‘Teringatkan tunang lah tu’,gumam
Mira.
Tiga hari selepas
perkahwinan Mira, Lia dan Fauzan telah pun melangsungkan majlis pertunangan
mereka. Malah kini Syafiq juga sudah mula menegurnya seperti biasa.
Setelah sebulan lebih
bergelar isteri, Mira sudah biasa menjalani kehidupannya dan melakukan tugasnya
sebagsi isteri. Dia sedang mencari menu untuk masakannya malam ni.Helmi berada
di Vietnam atas urusan kerja. Rindu sungguh Mira pada suaminya. Disebabkan itu,
apabila Helmi menelefonnya memberitahu bahawa dia akan pulang malam ni, Mira
ingin menyambutnya dengan masakan malam yang sedap.
Di lapangan terbang, Helmi
hanya tersenyum melihat foto isterinya dalam telefon bimbitnya itu. Kedengaran
pesawatnya sudah tiba. Helmi melangkah ke terminalnya. Tiba-tiba dia terlanggar
seseorang.
“Mi, is that you?”
“Rina?!” Helmi segera
melapaskan pegangannya.
“Lama tak jumpa. You
sihat? Macam mana life you sekarang?”
“Erm sihat. Eh, I kena
pergi dulu. Nanti terlepas flight”. Jawab Helmi acuh tak acuh.
Sabrina hanya mampu
memandang pemergian Helmi. Terselit rasa menyesal meninggalkan lelaki itu
dahulu. Dia memilih Ikmal namun akhirnya kecewa apabila Ikmal curang dengannya.
Sejak itu, dia cuba mencari Helmi namun tidak berjaya. Nampaknya hari ini
takdir menyebelahinya. Dia akan pastikan Helmi kembali di sisinya semula.
Helmi hanya mampu
mengeluh.
‘Kenapa dia muncul
sekarang? Adakah aku masih menyayanginya? Tidak! Aku takkan sekali-kali
menduakan isteriku. Rina hanyalah masa silamku sahaja.’
Dia merenung foto
isterinya itu. ‘Mira, maafkan abang. Abang sayang Mira’, bicara hati Helmi.
Ketika sampai di rumah,
terkejut Helmi memandang persiapan isterinya. Malah semua lauk kegemarannya
juga dimasak. Makin bercambah kasihnya. Mira yang baru keluar dari dapur
terkejut dengan kemunculan Helmi. Dia segera menyalami suaminya. Helmi mencium
dahi Mira dan memeluknya erat melepaskan rindu. Tubuh hangat Mira melenyapkan
segala kerunsingannya. Mira membalas pelukan suaminya itu. Malam itu Helmi membelai
isterinya melepaskan rindu yang tersarat selama seminggu.
BAB
7
Sewaktu Helmi berada di pejabat, dia terkejut akan
kehadiran Sabrina yang tidak dijangkanya itu.
“You buat apa kat sini? Mana you tau I kerja sini?”
“I berusaha cari you. At last I jumpa juga”.
“You nak apa?”,tanya Helmi malas.
Sabrina mengetap bibir melihat layanan lelaki itu.
“I nak jumpa you. I nak minta maaf dengan you.
Forgive me, Rul. I yang bodoh sebab tinggalkan lelaki sebaik you. Akhirnya I
dapat balasan I. Ikmal tinggalkan I, Mi”.
“Yang tu semua kisah lama, Rina. I dah maafkan you”.
“Mi…tak bolehkah you terima I semula?”
Helmi membulatkan matanya.
“No! I dah beristeri sekarang and I love her a lot.
I takkan lukakan hati dia.”
“Please Mi, give me one more chance. Isteri you tak
perlu tahu pun. Kalau dia tahu, I sanggup bermadu”.
“Apa you merepek ni, Rina? That will never happen.
Now, leave me alone!” bentak Helmi.
Rina menangis dan meninggalkan pejabat Helmi dengan
perasaan sebal. ‘Berani you buat I macam ni Mi. Kalau I tak dapat you, I akan
pastikan perempuan tu pun tak dapat you. You are mine and only mine!’
Setelah seminggu berlalu, Mira disahkan hamil. Helmi
amat gembira dengan berita ini sehingga terlupa masalahnya tentang Rina.
Helmi meyuruh Mira berhenti bekerja. Kini, Mira
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.
Namun apakan daya, setiap rumah tangga pasti ada
pergolakannya.
Rina telah bertemu dengan Mira. Dia ingin
melaksanakan pelannya untuk memiliki Helmi semula tidak kira apa harga yang
perlu dibayarnya. Suatu petang, Rina ke rumah Mira. Mira membuka pintu dan
kelihatan seorang gadis yang berpakaian seksi serta wajahnya kelihatan seperti
Cina.
“You ni Mira kan?”
“Ya saya. Cik ni siapa?”
“I, Rina. Kekasih Helmi”.
Tergamam Mira. Adakah suaminya telah menduakannya.
Rina? Siapa itu Rina.
“A..pa awak nak dari saya?”
“Tinggalkan Helmi, dia hak I. Perempuan kampung
macam you tak layak bergandingan dengan dia. Disebabkan you, dia tinggalkan I.”
“Tapi, dia suami saya. Saya takkan tinggalkannya.”
“Oh, you degil ye. Tak kisah pun sebab setiap kali
dia peluk you atau bersama you, orang yang dia fikirkan adalah I.”
Rina ketawa sinis sambil meninggalkan Mira yang
tergamam dan kelihatan sedih itu.
Malam itu, dia bertanya kepada Helmi tentang Rina.
“Abang, siapa Rina?”
Helmi terkejut.
Bagaimana Mira mengenali Rina. Setahunya, dia tidak pernah menceritakan tentang
Rina kepada Mira.
“Macam mana Mira tahu?”
“Dia ada jumpa Mira.
Dia kata dia kekasih abang. Betul ke?
“Mira, dengar sini. Memang dia pernah menjadi
kekasih abang 3 tahun dulu tapi dia meninggalkan abang kerana lelaki lain.
Selepas itu, abang menutup pintu hati abang. Abang serik nak bercinta tapi
kehadiran sayang mengubah segala-galanya. Abang minta sayang percayakan abang”.
Helmi mencari pandangan isterinya.
Mira memandang Helmi dengan mata berkaca.
“Abang tolong jangan sia-siakan Mira. Mira sayang
abang. Terlalu sayang.”
Helmi memeluk isterinya erat dan mengucup
ubun-ubunnya.
“Abang janji. Abang sayangkan Mira”.
Keesokan harinya, Zarul berjumpa dengan Fauzan dan
menceritakan segalanya. Fauzan hanya menyuruhnya bersabar.Helmi berasa pening
dengan masalah yang dihadapinya kini. Dia tidak sanggup kehilangan Mira.
Petang itu, ketika Helmi merehatkan dirinya di atas
sofa pejabatnya, Rina memasuki bilik itu perlahan-lahan. Dia membelai wajah Helmi.
Helmi menyangkakan itu adalah isterinya.
“Emm…sayang abang kat sini?”
Tanpa diduga, ketika itu Mira memasuki pejabat
suaminya dan apa yang dilihatnya merobek hatinya. Dia terpaku di hadapan pintu
memegang tombol untuk menyokong tubuhnya yang lemah. Lia dan Fauzan mendekati
Mira. Terkejut mereka.
“Helmi!” Lia menjerit.
Helmi membuka wajahnya dan terlihat Sabrina di
sisinya dengan tangannya dalam genggaman Helmi. Wajah isterinya yang sayu
dipandang. Dia bingkas bangun.
“Sayang. Abang boleh jelaskan. Tolong beri abang
peluang sayang”. Helmi meraih tangan isterinya.
Mira hanya memandangnya kosong.Helmi dapat melihat
sepasang mata itu jelas terpamer kelukaan. Rina menghampiri Helmi dan memaut
lengannya.
“Sayang, kenapa you takut ni? Kitakan dah biasa
macam ni. Dulu you selalu usap wajah I bila I tertidur kan?” ujar Rina sinis.
“Rina! Apa you merepek ni?!”
“Betullah. Tadi you peluk I tapi bila nampak wife
you terus you takut”, rengek Sabrina.
Mira yang menjadi pemerhati segera melarikan diri.
Tak tertahan melihat kemesraan suaminya itu. Sakit hatinya diperlakukan
sedemikian. Helmi cuba mengejar isterinya itu namun dihalang oleh Lia.
“Kau jangan dekat dengan Mira lagi. Kau penipu, Helmi.
Penipu! Kalau apa-apa jadi pada Mira, aku takkan lepaskan kau”, Lia berkata
dalam tangisan lalu meninggalkan Helmi. Fauzan hanya menepuk bahu rakannya itu
dan turut meninggalkannya.
‘Sayang, jangan tinggalkan abang’, hati Helmi
berkata.
“Haa…dah pergi pun perempuan tu. Mengacau je. Jom
sayang, kita sambung nak?” Rina tersenyum menggoda.
Pang!!!!!
Sebuah tamparan hinggap di pipi Sabrina. Dia
memandang Helmi yang kelihatan bengis.
“Kau perempuan tak berguna! Puas hati kau isteri aku
dah tinggalkan aku?! Puas?!”
“Mi, I cuma nak kita bersama. Tu saja. Mi, I
sayangkan you. I cintakan y….”
Pang!!!!! Sebuah tamparan lagi hinggap di wajah
Sabrina.
“Hey perempuan, jangan cakap kau cintakan aku bila
kau tak tahu apa itu cinta! Pergi kau dari sini! Pergi! Aku tak mahu lihat
wajah kau di depan aku lagi kalau tidak aku akan bunuh kau. Pergi!!!!!” jerit Helmi.
Sabrina berlari meninggalkan Helmi. Sedarlah dia
bahawa kini cinta Helmi bukan miliknya lagi. Malah lelaki itu telah
mengasarinya dua kali.
Aku takkan berdiam diri.’Jaga kau, Amira! Aku takkan
lepaskan kau!’.
EPILOG…
Sudah sebulan berlalu sejak kejadian itu dan selama
itu jugalah hidup Helmi kesepian. Mira menghilangkan diri. Lia dan Fauzan juga
tidak mahu memberitahunya di mana Mira berada. Dia rindu Mira, segala-galanya
tentang Mira. ‘Pulanglah sayang. Pulanglah ke sisi abang. Abang rindukan sayang
dan anak kita. Pulanglah’. Helmi mendongak memandang langit malah ketika itu
lirik lagu yang berkumandang di radio sedikit sebanyak menyentak tangkai
hatinya.
Malam
kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku
Agar
dia tidak kesepian
Selalu
rasa ada cinta agung
Mira yang melakukan perbuatan yang sama menitiskan
air matanya mendengar lirik lagu di radio itu.
Hujan
bawa air mataku
Yang
mengalir membasuh lukaku
Agar
dia tahu ku terseksa
Tanpa
cinta dia di hatiku.
Hanya
mampu berserah…
Benar. Dia hanya mampu berserah. Dia percayakan Helmi
namun apa yang dilihatnya tidak mampu dibendung oleh hatinya. ‘Bagi Mira masa.
Mira pasti akan pulang ke sisi abang bila Mira dah sedia’.
Sebulan kehilangan Mira benar-benar merubah Helmi.
Keadaannya kini tidak terurus. Simpati Fauzan melihatnya begitu juga dengan Lia
namun mereka tidak boleh membantu.Helmi kini lebih banyak menyepikan dirinya
dan tidak menjaga makan minumnya. Tubuhnya yang dahulu sasa kini semakin susut.
Sehinggalah pada suatu hari Helmi jatuh sakit. Mira yang mendengar berita itu
dari Fauzan segera memandu pulang untuk berjumpa dengan Helmi. Sesampainya dia
di rumah, simpatinya melimpah ruah dan sebak dia melihat keadaan suaminya itu.
Dia segera memeluk tubuh Helmi.
“Abang, maafkan Mira. Maafkan Mira”, tangis Mira.
Helmi membuka matanya perlahan-lahan dan melihat
wajah isterinya itu.
“Sayang abang dah balik? Jangan tinggalkan abang
lagi sayang. Abang tak mampu hidup tanpa sayang. Jangan tinggalkan abang”.
Mira mengangguk. Helmi memeluk isterinya itu.
Hatinya tidak putus-putus mengucapkan syukur. Sejak hari itu, kehidupan mereka
kembali seperti biasa. Sabrina yang melihat kemesraan pasangan itu mengetap
bibirnya geram. Dia memandu laju sehingga tidak sempat berhenti ketika lampu
merah. Keretanya dirempuh oleh lori dan dia maut di tempat kejadian.
Berita kematian Sabrina mengejutkan Mira dan Helmi.
“Dia pergi membawa cintanya abang”.
“Ya, tapi cinta abang untuk Mira lebih mendalam dari
cinta abang terhadapnya”.
Helmi merangkul isterinya dengan penuh kasih. Dia
mengusap perut isterinya yang semakin membulat itu. Tidak sabar rasanya ingin
menatap wajah anak sulung mereka.
“Terima kasih kerana sudi beri abang peluang kedua”.
“Mira kembali kerana rasa cinta Mira kepada abang”.
“Abang sayangkan Mira. Terlalu sayang.”
“Mira pun. Abanglah kekasih Mira dan bintang yang
menyinarkan malam Mira”.
Helmi semakin mengeratkan pelukan. Dia kini bahagia.
Cintanya yang pertama kecundang separuh jalan namun hikmah di atas kekecewaan
itu, kini dia menemui cinta agung yang tak mungkin dikhianatinya. Dia merenung
wajah isterinya yang tersenyum bahagia ralit melayan perasaan.
“Abang cintakan Mira selamanya”. Dia berbisik
perlahan.
Mira tersenyum. Pergilah derita. Biarlah mulai
sekarang kehidupan kami dihiasi bunga-bunga kebahagiaan.
-TAMAT-
pertama kali cuba menulis novel.
ReplyDelete